Thursday, 30 January 2014

03:14 - 2 comments

OVERVIEW BAB 4 : PERANAN BUDAYA (THE ROLE OF CULTURE)

Overview Bab 4 : Peranan Budaya (The Role of Culture)

(Anda boleh klik pada isi kandungan untuk terus ke pautan tersebut) 

Budaya dan Ciri-Ciri

Elemen-Elemen Budaya (Elements of Culture)
Kaedah Mengklasifikasi dan Memahami Perbezaan Budaya Masyarakat Antarabangsa




Pengurusan Antarabangsa dan Perbezaan Budaya (International Management and Culture Differences)

Wednesday, 29 January 2014

23:44 - No comments

Pengurusan Antarabangsa dan Perbezaan Budaya

Sesetengah pakar percaya bahawa budaya di dunia ini semakin menuju persamaan akibat peningkatan dalam komunikasi dan pengangkutan. Tambang rendah yang dijana oleh peningkatan persaingan syarikat penerbangan bermakna bahawa lebih ramai pelancong boleh belajar tentang budaya lain secara langsung. MNC juga membantu ke arah penyatuan budaya melalui iklan-iklan mereka yang menentukan gaya hidup sesuai, sikap dan matlamat dengan membawa teknik-teknik baru pengurusan, teknologi, dan nilai-nilai kebudayaan kepada negara-negara di mana mereka beroperasi.

Memahamai Budaya Baru

Apabila berurusan dengan budaya baru, banyak ahli perniagaan antarabangsa membuat kesilapan dengan bergantung kepada kriteria rujukan diri sendiri (‘self-reference criterion’), tanpa disedari penggunaan budaya sendiri telah diambil bagi membantu menilai persekitaran yang baru. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pengetahuan tentang budaya lain iaitu mencapai ‘cross-cultural literacy’. 

Cara terbaik dan biasa dilakukan adalah melalui pengalaman peribadi yang didapati daripada menjalankan aktiviti perniagaan atau aktiviti melancong di luar negara. Banyak firma, seperti Motorola, menawarkan program latihan “merentas budaya” kepada pekerja mereka sebagai persediaan untuk tugasan di luar negara. Maklumat mengenai budaya tertentu juga boleh diperoleh daripada pelbagai sumber penerbitan sebagai contoh Universiti Brigham Young yang terkenal dengan penerbitan satu siri Culturegrams yang dipandang tinggi di lebih daripada 180 negara dan kerajaan Amerika Syarikat dengan penerbitan ‘Country Studies’.

‘Cross-cultural literacy’ adalah langkah pertama dalam pembudayaan, proses di mana orang ramai tidak hanya memahami budaya asing tetapi juga mengubah suai tingkah laku dan menyesuaikan diri mereka untuk membuatkan ia serasi dengan budaya itu. Pembudayaan adalah penting khususnya kepada pengurus negara asal yang sering berinteraksi dengan warga negara tuan rumah contohnya pengurus kilang dari negara asal bekerja di anak syarikatnya yang terdapat di luar negara.

Merumitkan lagi keadaan, banyak negara mempunyai lebih daripada satu budaya, walau bagaimanapun terdapat darjah perbezaan yang pelbagai mengikut negara. Jepun, dengan populasi yang terdiri daripada 99.4 peratus etika Jepun, adalah sangat homogen. Sebaliknya, budaya heterogen negara Amerika Syarikat adalah berkepentingan bersama Carribean, Amerika Latin, Asia Tengah, Afrika dan komuniti Asia melengkapkan budaya dominan Anglo-Saxon. Ahli perniagaan antarabangsa yang berjaya perlu menyedari sifat-sifat kebudayaan kebangsaan utama serta mana-mana sub budaya penting dalam budaya heterogen masyarakat.

23:28 - No comments

Dimensi Hofstede : 5. Orientasi Masa

Dimensi kelima Hofstede ialah Orientasi Masa (Time Orientation). Sejauh mana masyarakat mempunyai budaya mementingkan matlamat jangka panjang berbanding matlamat jangka pendek dalam pekerjaan, kehidupan dan aspek-aspek lain.

  • Sesetengah budaya masyarakat seperti penduduk Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai orientasi pandangan masa jangka panjang yang menghargai dedikasi, kerja keras, ketabahan dan berjimat cermat sebelum berjaya. 
  • Budaya masyarakat lain, termasuk masyarakat Pakistan dan Afrika Barat, cenderung untuk memberi tumpuan kepada masa yang lalu dan masa kini justeru mereka menekankan tradisi dan memenuhi tanggungjawab sosial. 
  • Kajian Hofstede menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Jerman cenderung mempunyai orientasi masa jangka sederhana.

23:16 - No comments

Dimensi Hofstede : 4. Orientasi Matlamat

Dimensi keempat Hofstede, ialah Orientasi Matlamat (Goal Orientation), cara di mana individu terdorong untuk bekerja ke arah pelbagai jenis matlamat. (rujuk gambarajah di bawah)


Terdapat 2 jenis orientasi matlamat, iaitu tingkah laku matlamat secara agresif (Aggressive Goal Behavior) dan tingkah laku matlamat secara pasif (Passive Goal Behavior)

1. Tingkah laku matlamat secara agresif (Aggressive Goal Behavior)
  • Individu yang mempamerkan tingkah laku agresif dalam mencapai matlamat cenderung untuk meletakkan premium yang tinggi pada harta benda, wang dan ketegasan. 
2. Tingkah laku matlamat secara pasif (Passive Goal Behavior)
  • Dari sudut yang lain, orang-orang yang mengamalkan tingkah laku pasif dalam mencapai matlamat meletakkan nilai yang lebih tinggi pada hubungan sosial, kualiti hidup dan ambil berat untuk orang lain.
Mengikut Hofstede , budaya yang menilai tingkah laku secara agresif juga cenderung untuk menentukan peranan berdasarkan jantina, manakala budaya yang menekankan tingkah laku matlamat pasif adalah sebaliknya. 

CONTOH BUDAYA TINGKAH LAKU SECARA AGRESIF:

  • Dalam budaya tingkah laku secara agresif, lelaki dijangka untuk bekerja dan memberi tumpuan kerjaya mereka dalam pekerjaan; wanita pada umumnya dijangka tidak bekerja di luar rumah untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Jika mereka bekerja di luar rumah, biasanya mereka akan bekerja di kawasan yang tradisinya dikuasai oleh wanita. 
  • Mengikut kajian Hofstede, ramai orang di Jepun cenderung mempamerkan tingkah laku matlamat yang agak agresif. 
CONTOH BUDAYA TINGKAH LAKU SECARA PASIF:

  • Berlainan dengan lelaki dan wanita dalam budaya ini, kedua-duanya cenderung untuk meneruskan kerjaya yang pelbagai dan berkhidmat dalam mana-mana pekerjaan yang diberikan. 
  • Penduduk Belanda, Norway, Sweden, Denmark dan Finland cenderung untuk mempamerkan tingkah laku matlamat yang agak pasif. Norway misalnya, adalah negara pertama memberi mandat sekurang-kurangnya 40 peratus dari pengarah lembaga korporat adalah wanita.
Budaya sikap ini memberi kesan kepada amalan perniagaan antarabangsa dalam pelbagai aspek. 

CONTOH :

  • Satu kajian menunjukkan keputusan yang dibuat oleh pengurus Denmark (budaya tingkah laku matlamat secara pasif) lebih memberikan penekanan kepada keuntungan sosial berbanding pengurus AS, British dan Jerman (budaya tingkah laku matlamat secara agresif) yang suka membuat keputusan berorientasikan keuntungan. 

21:50 - No comments

Dimensi Hofstede : 3. Orientasi Ketidakpastian

Dimensi asas yang ketiga bagi perbezaan individu yang dikaji oleh Hofstede adalah Orientasi Ketidakpastian (Uncertainty Orientation). Ia adalah perasaan seseorang mengenai situasi yang tidak menentu dan kabur. (rujuk gambarajah di bawah)




Seseorang yang mempunyai ciri-ciri penerimaan ketidakpastian (Uncertainty Acceptance) dirangsang oleh perubahan dan membangunkan peluang baru. Kekaburan dilihat sebagai konteks di mana seseorang individu boleh berkembang, membangun, dan menjana peluang-peluang baru. Dalam budaya ini pasti akan wujud rasa kebosanan terhadap aktiviti rutin yang berulang. 

¤ Hofstede menyatakan bahawa ramai orang dari Amerika Syarikat, Denmark, Sweden, Kanada, Singapura, Hong Kong, dan Australia mempunyai budaya penerimaan ketidakpastian.


Sebaliknya, mereka yang mempunyai ciri-ciri yang mengelak ketidakpasian (Uncertainty Avoidance) tidak menyukai kekaburan dan akan mengelakkan hal ini sebaik mungkin. Mereka lebih cenderung untuk memilih, cara berstruktur dan rutin dalam menjalankan beberapa perkara. 

¤  Hofstede mendapati bahawa ramai orang di Israel, Austria, Jepun, Itali, Colombia, Perancis, 
Peru, dan Jerman cenderung untuk mengelakkan ketidakpastian sebaik mungkin.

Oleh itu, firma-firma antarabangsa perlu menyesuaikan dengan mengambil kira aspek penerimaan atau penolakan ketidakpastian ini di negara-negara tempat mereka beroperasi. Negara yang dapat menerima budaya ketidakpastian ini cenderung untuk mengambil risiko yang lebih tinggi seperti Hong Kong dan Amerika Syarikat. Manakala firma perlu mempertahankan status dan prestij melalui tindakan-tindakan yang agak konservatif dan berisiko rendah di negara-negara yang tidak menerima budaya ketidakpastian seperti Sepanyol, Belgium dan Argentina. 

Kajian juga mendapati negara yang tidak menerima budaya ketidakpastian hanya bergantung kepada sesebuah bank untuk menambah modal sebaliknya negara yang dapat menerima budaya ketidakpastian boleh bergantung pada pasaran saham demi pertumbuhan modal mereka.


Monday, 27 January 2014

12:32 - No comments

Dimensi Hofstede : 2. Orientasi Kuasa

Dimensi kedua yang dicadangkan Hofstede adalah Orientasi Kuasa (Power Orientation). Ia merujuk kepada kepercayaan bahawa terdapat perbezaan antara kesesuaian kuasa dan autoriti mengikut hierarki dalam organisasi masing-masing seperti organisasi perniagaan. (rujuk gambarajah di bawah)



Terdapat 2 ciri-ciri Orientasi Kuasa. Iaitu Menghormati Kuasa (Power Respect) dan Toleransi Kuasa (Power Tolerance).

Menghormati Kuasa (Power Respect) -
  • Orang cenderung untuk menerima kuasa dan autoriti orang atasan mereka semata-mata atas dasar jawatannya yang tinggi dalam hierarki sesuatu organisasi
  • Golongan ini juga cenderung untuk menghormati hak pihak atasan terhadap kuasa tersebut.
  • Individu di semua peringkat dalam firma rela menerima apa sahaja keputusan dan mandat dari orang atasan mereka kerana kepercayaan tersirat bahawa kedudukan jawatan yang lebih tinggi membawa hak untuk menentukan sebarang keputusan dan mandat. 

¤ Hofstede mendapati penduduk di Perancis, Sepanyol, Mexico, Jepun, Brazil, Indonesia, dan Singapura cenderung untuk mengiktiraf peranan kuasa ini.


Toleransi Kuasa (Power Tolerance)

  • Golongan ini lebih bersedia untuk mempersoalkan keputusan atau mandat daripada seseorang di peringkat lebih tinggi atau mungkin juga enggan menerimanya. 
  • Sanggup mentaati pemimpin apabila dilihat seseorang pemimpin sebagai benar atau ketaatan tersebut dapat memberikan kelebihan buat diri mereka sendiri tetapi bukan kerana hak tidak ketara pemimpin untuk mengeluarkan perintah. 
¤ Hofstede mendapati penduduk di Amerika Syarikat, Israel, Austria, Denmark, Ireland, Norway, Jerman, dan New Zealand cenderung untuk bersikap toleransi terhadap kuasa.

12:00 - No comments

Dimensi Hofstede : 1. Orientasi Sosial

Orientasi Sosial (Social Orientation) merupakan kepercayaan seseorang berkaitan kepentingan relatif antara individu dan kumpulan di mana seseorang individu itu terlibat. 

Terdapat 2 jenis Orientasi Sosial yang ekstrem iaitu Individualisme (Individualism) dan Kolektivisme (Collectivism). (rujuk gambarajah di bawah)

͏ж Individualisme (Individualism) - 
  • Masyarakat yang mempunyai tahap individualisme yang tinggi merasakan diri mereka sendiri menentukan masa depan mereka.
  • Sifat individualisme ini termasuklah kehormatan diri dan kemandirian yang tinggi. 
  • Sering mengutamakan kepentingan kerjaya mereka sebelum kebaikan organisasi 
  • Cenderung untuk menilai keputusan yang memberikan manfaat besar kepada mereka sebagai individu.
¤ Penyelidikan Hofstede mencadangkan bahawa penduduk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, dan Belanda lebih cenderung untuk bersikap individualisme.

͏ж Kolektivisme (Collectivism) - 
  • Meletakkan kepentingan kumpulan melebihi kepentingan diri sendiri. 
  • Masyarakat yang cenderung untuk menjadi kolektivistik biasanya mempunyai ciri-ciri rangkaian sosial jelas termasuklah kaum keluarga besar, puak-puak, dan rakan sekerja. 
  • Golongan ini dijangka meletakkan kepentingan kumpulan lebih tinggi mengatasi kebajikan peribadi sendiri, minat, atau kejayaan berbentuk peribadi. 
  • Mereka dipengaruhi oleh emosi malu; apabila kumpulan gagal, ahli-ahlinya mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan berkongsi rasa malu. 
  • Cenderung untuk berinteraksi secara harmoni dan sentiasa mengelakkan konflik atau ketegangan.
¤ Penduduk Mexico, Greece, Hong Kong, Taiwan, Peru, Singapura, Colombia, dan Pakistan cenderung untuk bersifat kolektivistik dalam nilai kehidupan mereka.


11:25 - No comments

(iii) Lima Dimensi oleh Hofstede (Hofstede's Five Dimension)

Geert Hofstede dari Belanda telah membuat kajian bagi menjelaskan berbezaan antara budaya yang melibatkan 116 000 orang pekerja IBM dari pelbagai negara. Kajian ini membantu dalam menerangkan bagaimana dan mengapa manusia daripada pelbagai budaya bergelagat tertentu.

Dimensi yang digunakan adalah : -

(Anda boleh klik pada isi kandungan untuk terus ke pautan tersebut) 

10:01 - No comments

(ii) Pendekatan Budaya (The Cultural Cluster Approach)

Budaya berkelompok terdiri daripada negara-negara yang mempunyai banyak persamaan budaya, walaupun perbezaan itu masih kekal ada. Kebanyakan kelompok ini mempunyai persamaan dari segi bahasa.

Kebanyakan perniagaan antarabangsa menggunakan pendekatan budaya berkelompok dalam merangka strategi mereka di peringkat global.
  • Sebagai CONTOH, usaha pertama Amerika Syarikat dalam bidang eksport memberi tumpuan kepada Kanada dan United Kingdom. Manakala firma di Hong Kong dan Taiwan telah berjaya dalam mengeksploitasi pasaran di China.

Negara yang berkongsi budaya yang sama boleh menjejaskan firma perniagaan untuk memasuki pasaran asing.
  • CONTOH negara Kanada dan United Kingdom. Firma dari Kanada memberi perhatian kepada pasaran di United Kingdom dengan cara mewujudkan usaha sama dengan firma-firma di Britain, manakala firma-firma dari Jepun memasuki pasaran United Kingdom melalui greenfield investment. Oleh kerana budaya yang hampir sama, firma dari Kanada lebih senang berurusan dengan rakan-rakan perniagaan dari United Kingdomberbanding dengan Jepun.  







Saturday, 25 January 2014

21:43 - No comments

(i) Pendekatan Konteks-Rendah-Konteks-Tinggi oleh Hall (Hall’s Low-Context-High-Context Approach)

Hall mengelompokkan budaya sebagai konteks rendah dan konteks tinggi.
  • Budaya Konteks-Rendah (Low-Context) - isi kandungan ucapan perlu jelas dan nyata supaya mesej penceramah benar-benar sampai kepada pendengar. CONTOH negara Anglo-Saxon yang mengamalkan budaya konteks rendah - Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jerman.  
  • Budaya Konteks-Tinggi (High-Context) - isi kandungan yang tersirat semasa perbualan adalah sama penting dengan perkataan yang diucapkan. Petunjuk budaya adalah penting dalam mehamami perbualan. CONTOH negara budaya konteks tinggi - Arab dan Jepun

Dalam dunia perniagaan, tingkah laku antara budaya konteks-rendah dan tinggi adalah berbeza.  

CONTOH: 
  •  Pengiklanan di Jerman lebih berorientasikan fakta berbanding Jepun yang lebih berorientasikan emosi. 
  • Di negara budaya konteks-rendah, peguam seringkali akan hadir dalam sesuatu perbincangan bagi memastikan klien mereka dilindungi tetapi di di negara budaya konteks-tinggi kehadiran peguam menunjukkan ketidakpercayaan dan ini boleh mengakibatkan pengakhiran kepada sesuatu perbincangan. 

21:15 - No comments

Kaedah Mengklasifikasi dan Memahami Perbezaan Budaya Masyarakat Antarabangsa

Di bawah tajuk ini, kita akan mempelajari beberapa hasil kerja yang telah diusahakan oleh para intelektual bagi memudahkan pengurus antarabangsa untuk memahami gambaran yang lebih besar mengenai budaya sesebuah negara dan bagaimana ia memberi kesan kepada keupayaan mereka untuk menguruskan firma-firma mereka.

Terdapat 3 pendekatan, iaitu :-

(Anda boleh klik pada isi kandungan untuk terus ke pautan tersebut) 

(i) Pendekatan Konteks-Rendah-Konteks-Tinggi oleh Hall (Hall’s Low-Context-High-Context Approach)
 
(ii) Pendekatan budaya berkelompok (The Cultural Cluster Approach) 

(iii) Lima Dimensi oleh Hofstede (Hofstede's Five Dimension)

Friday, 24 January 2014

23:45 - No comments

Elemen Budaya : 5. Nilai-Nilai dan Sikap

Kebudayaan juga memberi kesan dan mencerminkan nilai-nilai dan sikap ahli-ahli masyarakat yang sekular.  

  • Nilai (Values) - adalah prinsip-prinsip dan piawaian yang diterima oleh ahli-ahli
  • Sikap (Attitudes) - merangkumi tindakan, perasaan, dan pemikiran yang dipengaruhi nilai.

Budaya dipengaruhi oleh faktor masa, usia, pendidikan, dan status dan seterusnya mencerminkan nilai-nilai ini dan  kemudian membentuk tingkah laku dan peluang yang ada kepada perniagaan antarabangsa yang beroperasi dalam budaya yang diberikan.

Ӝ MASA (Time)- Sikap berbeza secara dramatik merentasi budaya. Masa mewakili peluang untuk lebih produktiviti dan untuk meningkatkan pendapatan seseorang, supaya ianya tidak menjadi sia-sia. Ia menggalakkan orang ramai untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam kehidupan dengan bekerja keras. 

CONTOH :
AHli perniagaan di Amerika Syarikat dan Kanada menjangkakan mesyuarat untuk memulakan pada masa yang tepat, dan sekiranya membuatkan seseorang menunggu mesyuarat bermula pada masa yang telah ditetapkan, ia dianggap tidak sopan. 

Ӝ UMUR (Age)- Perbezaan budaya wujud dalam sikap terhadap umur. 

CONTOH :
  • Pemuda dianggap menguasai kuasa di Amerika Syarikat. Banyak firma AS ini menumpukan banyak masa dan tenaga untuk mengenal pasti pekerja muda yang cekap bekerja dan menyediakan mereka dengan tugasan yang sangat penting, seperti rundingan usaha sama dengan rakan kongsi antarabangsa. 
  • Tetapi di China, pegawai mereka lebih senang berurusan dengan wakil pegawai firma yang lebih tua dan lebih senior.
  • Di Jepun pula, umur dan pangkat saling berkait rapat. Setelah mendapatkan persetujuan daripada pengurus junior terhadap sesuatu projek, pengurus senior mereka akan memberikan kelulusan mereka.
Ӝ PENDIDIKAN (Education) - Sistem formal iaitu pendidikan awam dan swasta di sesebuah negara adalah perkara yang sangat penting dan menggambarkan nilai-nilai budaya masyarakat itu.

CONTOH :
  • Di Amerika Syarikat - sekolah rendah dan sekolah menengah menekankan peranan individu, kreativiti dan harga diri. di peringkat Universiti pula, pelajar dididik dengan pendapat, intelektual dan bakat yang berbeza. 
  • Di Jerman - telah mula membangunkan program-program perantisan yang melatih generasi baru mahir karyawan dan mekanik untuk sektor pembuatannya.
  • Di Jepun dan Perancis - berkongsi fokus sistem pendidikan yang berbeza. Peringkat sekolah rendah dan menengah menumpukan perhatian dalam menyediakan pelajar untuk mengambil peperiksaan ke kolej di seluruh negara. Pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi permarkahan akan memasuki universiti yang berprestij yang akan menjamin graduan mereka ditempatkan di dunia korporat dan di dalam kerajaan. 


Ӝ STATUS - Peringkat tersebut dicapai dari cara yang berbeza-beza merentasi budaya. Dalam sesetengah masyarakat status yang diwarisi adalah hasil daripada kekayaan atau pangkat nenek moyang seseorang. Bagi individu lain pula, status dimiliki melalui pencapaian peribadi atau pencapaian profesional.

CONTOH : 
Dalam masyarakat India, status dipengaruhi oleh kasta seseorang. Sistem kasta membahagikan masyarakat dalam pelbagai kumpulan termasuk :- 
  • Brahmin (iman dan cendekiawan)
  • Kshatriya (tentera dan pemimpin politik) ;
  • Vaishya (ahli perniagaan) ;
  • Sudra (petani dan pekerja) ; dan 
  • Yang boleh disentuh, mereka yang melakukan kerja-kerja yang paling kotor dan tidak menyenangkan.

Monday, 20 January 2014

04:28 - No comments

Elemen Budaya : 4. Agama

“Agama adalah sangat penting kepada saya” 

Agama (Religion) adalah satu aspek yang penting dalam masyarakat. Agama membentuk sikap penganutnya terhadap kerja, pengamalan seharian, tanggungjawab individu, dan perancangan untuk masa depan.

Agama juga penting kerana ia memberi kesan kepada persekitaran perniagaan. Secara amnya, agama mengenakan kekangan atau batasan ke atas peranan individu dalam masyarakat.

CONTOH :

  • Arab Saudi dan Iran, yang dikuasai oleh penganut agama Islam mengehadkan peluang pekerjaan untuk wanita
  • Sistem kasta yang diamalkan oleh penganut agama Hindu, menghalang peluang pekerjaan seseorang individu itu untuk bekerja
Agama juga memberi kesan kepada jenis produk yang pengguna boleh membeli dan juga pola penggunaan produk mengikut musim

CONTOH :

Bagi penganut agama Kristian, musim Krismas merupakan masa yang penting untuk memberi hadiah, oleh itu perniagaan yang dilakukan pada hari Krismas berkurangan disebabkan sambutan hari Krismas.

Kesan agama kepada perniagaan antarabangsa berbeza dari negara dengan negara yang lain, bergantung kepada sistem undang-undang di negara itu, elemen kepercayaan agama, dan toleransi daripada pandangan agama lain.

CONTOH : 

Saudi Arabia - merupakan tempat umat Islam mengerjakan ibadah haji dan umrah, oleh itu Makkah merupakan tumpuan pusat perniagaan bagi penganut beragama Islam di situ.

Negara-negara yang mempunyai ciri-ciri kepelbagaian agama boleh memberikan cabaran yang lebih besar. Firma yang gagal menyesuaikan diri dengan keperluan agama mungkin mengalami ketidakhadiran, moral yang rendah, dan juga penurunan jualan.

Saturday, 18 January 2014

06:25 - No comments

Elemen Budaya : 3. Komunikasi


Komunikasi (Communication) merentasi sempadan budaya sama ada secara lisan atau bukan lisan merupakan kemahiran asas yang penting bagi pengurus antarabangsa. Sedangkan komunikasi di antara mereka yang berkongsi budaya yang sama pun berlaku salah faham, inikan pula  komunikasi di antara masyarakat dari budaya yang berbeza, peluang kesilapan berkomunikasi ini akan menjadi ketara. Dalam kes seperti ini, pengirim mesej menggunakan penapis budaya mereka dan penerima mesej juga menggunakan penapis budaya mereka. Hasil nya wujud perbezaan dan  salah faham dalam berkomunikasi. 

Komunikasi bukan lisan (Nonverbal Communication)

Komunikasi bukan lisan juga dikategorikan sebagai komunikasi tidak langsung. Ianya berbeza dengan komunikasi lisan yang pada umumnya disampaikan secara sengaja.

Komunikasi bukan lisan ini boleh ditunjukkan seperti :-
¤ riak wajah
¤ gerak tangan
¤ intonasi 
¤ hubungan mata
¤ posisi tubuh dan postur tubuh

Oleh kerana perbezaan budaya, bentuk bukan lisan komunikasi boleh membawa kepada salah faham.

CONTOH :
  • Di Amerika Syarikat - ahli perniagaan yang sedang berbincang biasanya berdiri 20 inci antara satu sama lain ; manakala di Arab Saudi - perbualan biasanya mempunyai jarak antara 9 hingga 10 inci. 
  • Di Jepun, ahli perniagaan biasanya memberi hadiah kepada rakan bisnes tetapi tidak memerlukan penerima hadiah itu membuka hadiah pada umum ; manakala bagi orang Arab pula penerima hadiah perlu membuka hadiah kepada umum


 

06:06 - No comments

Elemen Budaya : 2. Bahasa


Bahasa (Language) adalah medium utama dalam kumpulan masyarakat untuk berinteraksi sesama sendiri. Terdapat sebanyak 3000 jenis bahasa dan 10000 dialek yang berbeza di dunia pada masa kini. Bahasa menganjurkan cara anggota masyarakat berfikir tentang dunia. Bahasa  juga mampu menapis pemerhatian dan persepsi dan mempengaruhi ketidakpastian apabila dua individu berkomunikasi.  

Kepentingan bahasa dalam perniagaan antarabangsa

Bahasa sebagai senjata yang kompetentif (Language as a Competitive Weapon)

Keupayaan untuk berkomunikasi adalah sangat penting dalam menjalankan perniagaan. Keupayaan berbahasa akan memberi kelebihan daya saing dalam dunia perniagaan. 

CONTOH :
  • Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat mengendalikan perniagaan mereka dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Lingua Franca 

Untuk menjalankan perniagaan, ahli perniagaan antarabangsa mesti berupaya untuk berkomunikasi. 
Sesetengah negara yang mempunyai banyak bahasa kumpulan, seperti India dan Singapura, telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi untuk memudahkan komunikasi di kalangan pelbagai kumpulan-kumpulan etnik. 

CONTOH :
  • Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Terjemahan (Translation)
Perbezaan linguistik boleh diatasi melalui terjemahan.Proses ini memerlukan lebih daripada semata-mata menggantikan kata-kata satu bahasa untuk yang lain. 

Firma atau syarikat antarabangsa boleh mengurangkan peluang menghantar mesej yang salah kepada pelanggan mereka dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai backtranslation. Dengan backtranslation, seseorang menterjemahkan dokumen, manakala orang yang kedua menterjemahkan kembali versi pernterjemahan tadi ke bahasa asal. Teknik ini akan mengurangkan kesilapan dalam memberi maksud kepada mesej yang dihantar. 

Penggunaan perkataan
Satu lagi kesukaran budaya bagi ahli perniagaan antarabangsa adalah bahawa kata-kata ini
mungkin mempunyai makna yang berbeza kepada orang lain yang mempunyai pelbagai latar belakang kebudayaan.


Sebagai CONTOH :
  •  Jepun - penggunaan perkataan TIDAK (NO) dianggap tidak sopan oleh masyarakat di sana. orang Jepun tidak akan mengatakan "TIDAK" untuk menyatakan mereka tidak menerima cadangan dalam menjalankan sesuatu perniagaan atau perjanjian. Jepun mungkin menggunakan perkataan yang lain bagi memberi  maksud tidak bersetuju terhadap cadangan tersebut. 

Gambar di bawah menunjukkan peratusan Bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia dibahagikan mengikut benua yang diambil daripada laman web bab.la .





Anda boleh klik pada pautan ini untuk paparan yang lebih interaktif!