Wednesday, 29 January 2014

21:50 - No comments

Dimensi Hofstede : 3. Orientasi Ketidakpastian

Dimensi asas yang ketiga bagi perbezaan individu yang dikaji oleh Hofstede adalah Orientasi Ketidakpastian (Uncertainty Orientation). Ia adalah perasaan seseorang mengenai situasi yang tidak menentu dan kabur. (rujuk gambarajah di bawah)




Seseorang yang mempunyai ciri-ciri penerimaan ketidakpastian (Uncertainty Acceptance) dirangsang oleh perubahan dan membangunkan peluang baru. Kekaburan dilihat sebagai konteks di mana seseorang individu boleh berkembang, membangun, dan menjana peluang-peluang baru. Dalam budaya ini pasti akan wujud rasa kebosanan terhadap aktiviti rutin yang berulang. 

¤ Hofstede menyatakan bahawa ramai orang dari Amerika Syarikat, Denmark, Sweden, Kanada, Singapura, Hong Kong, dan Australia mempunyai budaya penerimaan ketidakpastian.


Sebaliknya, mereka yang mempunyai ciri-ciri yang mengelak ketidakpasian (Uncertainty Avoidance) tidak menyukai kekaburan dan akan mengelakkan hal ini sebaik mungkin. Mereka lebih cenderung untuk memilih, cara berstruktur dan rutin dalam menjalankan beberapa perkara. 

¤  Hofstede mendapati bahawa ramai orang di Israel, Austria, Jepun, Itali, Colombia, Perancis, 
Peru, dan Jerman cenderung untuk mengelakkan ketidakpastian sebaik mungkin.

Oleh itu, firma-firma antarabangsa perlu menyesuaikan dengan mengambil kira aspek penerimaan atau penolakan ketidakpastian ini di negara-negara tempat mereka beroperasi. Negara yang dapat menerima budaya ketidakpastian ini cenderung untuk mengambil risiko yang lebih tinggi seperti Hong Kong dan Amerika Syarikat. Manakala firma perlu mempertahankan status dan prestij melalui tindakan-tindakan yang agak konservatif dan berisiko rendah di negara-negara yang tidak menerima budaya ketidakpastian seperti Sepanyol, Belgium dan Argentina. 

Kajian juga mendapati negara yang tidak menerima budaya ketidakpastian hanya bergantung kepada sesebuah bank untuk menambah modal sebaliknya negara yang dapat menerima budaya ketidakpastian boleh bergantung pada pasaran saham demi pertumbuhan modal mereka.


0 comments:

Post a Comment