06:06 -
No comments
Elemen Budaya : 2. Bahasa
Bahasa (Language)
adalah medium utama dalam kumpulan masyarakat untuk berinteraksi
sesama sendiri. Terdapat sebanyak 3000
jenis bahasa dan 10000 dialek yang berbeza di dunia pada masa kini. Bahasa menganjurkan cara anggota masyarakat berfikir tentang dunia. Bahasa juga mampu menapis pemerhatian dan persepsi dan mempengaruhi
ketidakpastian apabila dua individu berkomunikasi.
Kepentingan bahasa dalam perniagaan antarabangsa
Bahasa sebagai senjata yang kompetentif (Language as a Competitive Weapon)
Keupayaan untuk berkomunikasi adalah sangat penting dalam menjalankan perniagaan. Keupayaan berbahasa akan memberi kelebihan daya saing dalam dunia perniagaan.
CONTOH :
Kepentingan bahasa dalam perniagaan antarabangsa
Bahasa sebagai senjata yang kompetentif (Language as a Competitive Weapon)
Keupayaan untuk berkomunikasi adalah sangat penting dalam menjalankan perniagaan. Keupayaan berbahasa akan memberi kelebihan daya saing dalam dunia perniagaan.
CONTOH :
- Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat mengendalikan perniagaan mereka dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Untuk menjalankan perniagaan, ahli perniagaan antarabangsa mesti berupaya untuk berkomunikasi.
Sesetengah negara yang mempunyai banyak bahasa kumpulan, seperti India dan Singapura, telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi untuk memudahkan komunikasi di kalangan pelbagai kumpulan-kumpulan etnik.
CONTOH :
- Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Terjemahan (Translation)
Perbezaan linguistik boleh diatasi melalui terjemahan.Proses ini memerlukan lebih daripada semata-mata menggantikan kata-kata satu bahasa untuk yang lain.
Firma atau syarikat antarabangsa boleh mengurangkan peluang menghantar mesej yang salah kepada pelanggan mereka dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai backtranslation. Dengan backtranslation, seseorang menterjemahkan dokumen, manakala orang yang kedua menterjemahkan kembali versi pernterjemahan tadi ke bahasa asal. Teknik ini akan mengurangkan kesilapan dalam memberi maksud kepada mesej yang dihantar.
Penggunaan perkataan
mungkin mempunyai makna yang berbeza kepada orang lain yang mempunyai pelbagai latar belakang kebudayaan.
Sebagai CONTOH :
- Jepun - penggunaan perkataan TIDAK (NO) dianggap tidak sopan oleh masyarakat di sana. orang Jepun tidak akan mengatakan "TIDAK" untuk menyatakan mereka tidak menerima cadangan dalam menjalankan sesuatu perniagaan atau perjanjian. Jepun mungkin menggunakan perkataan yang lain bagi memberi maksud tidak bersetuju terhadap cadangan tersebut.
Gambar di bawah menunjukkan peratusan Bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia dibahagikan mengikut benua yang diambil daripada laman web bab.la .
Anda boleh klik pada pautan ini untuk paparan yang lebih interaktif!
0 comments:
Post a Comment