06:25 -
No comments
Elemen Budaya : 3. Komunikasi
Komunikasi (Communication) merentasi sempadan budaya sama ada secara lisan atau bukan lisan
merupakan kemahiran asas yang penting bagi pengurus
antarabangsa. Sedangkan komunikasi di antara mereka yang berkongsi budaya yang sama pun berlaku salah faham, inikan pula komunikasi di antara masyarakat dari budaya yang berbeza, peluang kesilapan berkomunikasi ini akan menjadi ketara. Dalam kes seperti ini, pengirim mesej menggunakan penapis budaya mereka dan penerima mesej juga menggunakan penapis budaya mereka. Hasil nya wujud perbezaan dan salah faham dalam berkomunikasi.
Komunikasi bukan lisan (Nonverbal Communication)
Komunikasi bukan lisan juga dikategorikan sebagai komunikasi tidak langsung. Ianya berbeza dengan komunikasi lisan yang pada umumnya disampaikan secara sengaja.
Komunikasi bukan lisan ini boleh ditunjukkan seperti :-
¤ riak
wajah
¤ gerak tangan
¤ intonasi
¤ hubungan mata
¤ posisi tubuh dan postur
tubuh
Oleh kerana perbezaan budaya, bentuk bukan lisan komunikasi boleh membawa kepada salah faham.
CONTOH :
- Di Amerika Syarikat - ahli perniagaan yang sedang berbincang biasanya berdiri 20 inci antara satu sama lain ; manakala di Arab Saudi - perbualan biasanya mempunyai jarak antara 9 hingga 10 inci.
- Di Jepun, ahli perniagaan biasanya memberi hadiah kepada rakan bisnes tetapi tidak memerlukan penerima hadiah itu membuka hadiah pada umum ; manakala bagi orang Arab pula penerima hadiah perlu membuka hadiah kepada umum
0 comments:
Post a Comment