11:46 -
No comments
Elemen Budaya : 1. Struktur Sosial
Salah satu emelen budaya adalah STRUKTUR SOSIAL (Social Structure), ia
- Merupakan asas kepada masyarakat.
- Menentukan peranan individu dalam masyarakat, kelas kedudukan dan peningkatan taraf status seseorang dalam masyarakatnya.
Setiap individu hidup dalam keluarga dan berinteraksi sesama sendiri
dalam kumpulan tersebut. Perbezaan antara masyarakat adalah sejauh
mana mereka mentakrifkan makna keluarga dan peranan yang perlu
dimainkan oleh individu-individu terlibat.
CONTOH :
Takrif keluarga bagi negara :-
¤ Amerika Syarikat - terdiri daripada keluarga asas (nuklear) iaitu ibu, bapa dan anak-anak
¤ Arab - terdiri daripada keluarga luas iaitu keluarga asas termasuk datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu
¤ Somalia - terdiri daripada keluarga yang terlalu besar apabila setiap
orang dalam sesuatu puak dikira satu keluarga kerana berkongsi moyang
yang sama.
Hasilnya, perbezaan kelakuan sosial inilah yang menentukan kepentingan keluarga dalam sesebuah perniagaan.
CONTOH :
¤ Amerika Syarikat
- mengamalkan nepotisme iaitu mengutamakan keluarga sendiri untuk mengisi jawatan-jawatan kritikal dalam syarikat amat dipandang buruk.
- kebanyakan jawatan-jawatan penting syarikat diberi keutamaan kepada ahli-ahli keluarga dahulu untuk diisi.
- keluarga mengisi jawatan-jawatan pengurusan yang penting
- mereka juga sanggup menyalurkan wang simpanan peribadi kepada syarikat agar dapat membantu dalam pertumbuhan syarikat.
- mengamalkan konsep berjaya dalam satu pasukan berbanding berjaya sebagai seorang individu
- mementingkan kesetiaan kepada sesuatu kumpulan dan hidup secara harmoni dengan semua ahli kumpulan.
Pengkategorian individu dibuat berdasarkan :-
͏ж asal usul kelahiran;
͏ж pekerjaan;
͏ж pencapaian pendidikan; atau
͏ж beberapa ciri-ciri tertentu lain.
Pengkategorian ini penting dalam menentukan interaksi seseorang individu dalam masyarakat adalah berbeza antara kelompok masyarakat.
Mobiliti sosial (Social Mobility) - merupakan kebolehan seseorang individu untuk meningkat daripada
kelas sosial rendah kepada kelas sosial yang lebih tinggi. Pergerakan
sosial di Amerika Syarikat lebih mudah meningkat berbanding di United
Kingdom atau India kerana sistem masyarakatnya yang lebih bebas dan
tidak mementingkan kelas sosial yang tetap.
0 comments:
Post a Comment