Wednesday, 29 January 2014

23:44 - No comments

Pengurusan Antarabangsa dan Perbezaan Budaya

Sesetengah pakar percaya bahawa budaya di dunia ini semakin menuju persamaan akibat peningkatan dalam komunikasi dan pengangkutan. Tambang rendah yang dijana oleh peningkatan persaingan syarikat penerbangan bermakna bahawa lebih ramai pelancong boleh belajar tentang budaya lain secara langsung. MNC juga membantu ke arah penyatuan budaya melalui iklan-iklan mereka yang menentukan gaya hidup sesuai, sikap dan matlamat dengan membawa teknik-teknik baru pengurusan, teknologi, dan nilai-nilai kebudayaan kepada negara-negara di mana mereka beroperasi.

Memahamai Budaya Baru

Apabila berurusan dengan budaya baru, banyak ahli perniagaan antarabangsa membuat kesilapan dengan bergantung kepada kriteria rujukan diri sendiri (‘self-reference criterion’), tanpa disedari penggunaan budaya sendiri telah diambil bagi membantu menilai persekitaran yang baru. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pengetahuan tentang budaya lain iaitu mencapai ‘cross-cultural literacy’. 

Cara terbaik dan biasa dilakukan adalah melalui pengalaman peribadi yang didapati daripada menjalankan aktiviti perniagaan atau aktiviti melancong di luar negara. Banyak firma, seperti Motorola, menawarkan program latihan “merentas budaya” kepada pekerja mereka sebagai persediaan untuk tugasan di luar negara. Maklumat mengenai budaya tertentu juga boleh diperoleh daripada pelbagai sumber penerbitan sebagai contoh Universiti Brigham Young yang terkenal dengan penerbitan satu siri Culturegrams yang dipandang tinggi di lebih daripada 180 negara dan kerajaan Amerika Syarikat dengan penerbitan ‘Country Studies’.

‘Cross-cultural literacy’ adalah langkah pertama dalam pembudayaan, proses di mana orang ramai tidak hanya memahami budaya asing tetapi juga mengubah suai tingkah laku dan menyesuaikan diri mereka untuk membuatkan ia serasi dengan budaya itu. Pembudayaan adalah penting khususnya kepada pengurus negara asal yang sering berinteraksi dengan warga negara tuan rumah contohnya pengurus kilang dari negara asal bekerja di anak syarikatnya yang terdapat di luar negara.

Merumitkan lagi keadaan, banyak negara mempunyai lebih daripada satu budaya, walau bagaimanapun terdapat darjah perbezaan yang pelbagai mengikut negara. Jepun, dengan populasi yang terdiri daripada 99.4 peratus etika Jepun, adalah sangat homogen. Sebaliknya, budaya heterogen negara Amerika Syarikat adalah berkepentingan bersama Carribean, Amerika Latin, Asia Tengah, Afrika dan komuniti Asia melengkapkan budaya dominan Anglo-Saxon. Ahli perniagaan antarabangsa yang berjaya perlu menyedari sifat-sifat kebudayaan kebangsaan utama serta mana-mana sub budaya penting dalam budaya heterogen masyarakat.

0 comments:

Post a Comment