01:48 -
No comments
Budaya Dan Ciri-Ciri
Budaya merupakan koleksi
nilai-nilai, kepercayaan, perlakuan, adat resam, dan sikap yang membezakan satu
masyarakat daripada yang lain. Budaya boleh juga dimaksudkan sebagai norma yang mempengaruhi gelagat seseorang
atau penduduk sesuatu tempat. Budaya
penting kepada syarikat kerana ia mengenalpasti peraturan antara perniagaan
yang beroperasi.
Ciri-Ciri Budaya (Characteristics of Culture)
- Budaya melambangkan tingkah laku yang boleh dipelajari (Learned Behavior) - melalui proses pembelajaran daripada satu ahli masyarakat kepada satu ahli masyarakat lain atau daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya.CONTOH : Ibubapa mengajar anak-anak mereka tentang adab ketika makan ; dan pelajar tahun akhir mengajar pelajar tahun pertama mengenai tradisi di univerisiti mereka.
- Elemen
budaya berkaitan antara satu sama lain (Interrelated) -
CONTOH : Konsep berorientasikan kumpulan di Jepun, hierarki masyarakatnya mengutamakan harmoni dan kesetiaan yang membawa kepada kesetiaan kepada karier seumur hidup dan kurangnya pertukaran kerja.
- Budaya
diadaptasi (penyesuaian) (Adaptive) - budaya boleh berubah apabila wujud tekanan luar yang memberi
kesan kepada masyarakat.
CONTOH : selepas Perang Dunia ke-2, negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat yang berorientasikan pasaran bebas dan Jerman Timur yang berorientasikan sistem komunis.
- Budaya dikongsi oleh semua anggota masyarakatnya (Shared) - Perkongsian dan pengamalan budaya ini menentukan keanggotaan seseorang itu kepada masyarakatnya. Bagi sesiapa yang tidak mengamalkan budaya tersebut, dianggap sebagai orang luar yang terkeluar daripada sempadan masyarakat tertentu.
0 comments:
Post a Comment