12:00 -
No comments
Dimensi Hofstede : 1. Orientasi Sosial
Orientasi Sosial (Social Orientation) merupakan kepercayaan seseorang berkaitan kepentingan relatif antara individu dan kumpulan di mana seseorang individu itu terlibat.
Terdapat 2 jenis Orientasi Sosial yang ekstrem iaitu Individualisme (Individualism) dan Kolektivisme (Collectivism). (rujuk gambarajah di bawah)
͏ж Individualisme (Individualism) -
- Masyarakat yang mempunyai tahap individualisme yang tinggi merasakan diri mereka sendiri menentukan masa depan mereka.
- Sifat individualisme ini termasuklah kehormatan diri dan kemandirian yang tinggi.
- Sering mengutamakan kepentingan kerjaya mereka sebelum kebaikan organisasi
- Cenderung untuk menilai keputusan yang memberikan manfaat besar kepada mereka sebagai individu.
¤ Penyelidikan Hofstede mencadangkan bahawa penduduk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, dan Belanda lebih cenderung untuk bersikap individualisme.
͏ж Kolektivisme (Collectivism) -
- Meletakkan kepentingan kumpulan melebihi kepentingan diri sendiri.
- Masyarakat yang cenderung untuk menjadi kolektivistik biasanya mempunyai ciri-ciri rangkaian sosial jelas termasuklah kaum keluarga besar, puak-puak, dan rakan sekerja.
- Golongan ini dijangka meletakkan kepentingan kumpulan lebih tinggi mengatasi kebajikan peribadi sendiri, minat, atau kejayaan berbentuk peribadi.
- Mereka dipengaruhi oleh emosi malu; apabila kumpulan gagal, ahli-ahlinya mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan berkongsi rasa malu.
- Cenderung untuk berinteraksi secara harmoni dan sentiasa mengelakkan konflik atau ketegangan.
¤ Penduduk Mexico, Greece, Hong Kong, Taiwan, Peru, Singapura, Colombia, dan Pakistan cenderung untuk bersifat kolektivistik dalam nilai kehidupan mereka.
0 comments:
Post a Comment