Monday, 27 January 2014

12:32 - No comments

Dimensi Hofstede : 2. Orientasi Kuasa

Dimensi kedua yang dicadangkan Hofstede adalah Orientasi Kuasa (Power Orientation). Ia merujuk kepada kepercayaan bahawa terdapat perbezaan antara kesesuaian kuasa dan autoriti mengikut hierarki dalam organisasi masing-masing seperti organisasi perniagaan. (rujuk gambarajah di bawah)



Terdapat 2 ciri-ciri Orientasi Kuasa. Iaitu Menghormati Kuasa (Power Respect) dan Toleransi Kuasa (Power Tolerance).

Menghormati Kuasa (Power Respect) -
  • Orang cenderung untuk menerima kuasa dan autoriti orang atasan mereka semata-mata atas dasar jawatannya yang tinggi dalam hierarki sesuatu organisasi
  • Golongan ini juga cenderung untuk menghormati hak pihak atasan terhadap kuasa tersebut.
  • Individu di semua peringkat dalam firma rela menerima apa sahaja keputusan dan mandat dari orang atasan mereka kerana kepercayaan tersirat bahawa kedudukan jawatan yang lebih tinggi membawa hak untuk menentukan sebarang keputusan dan mandat. 

¤ Hofstede mendapati penduduk di Perancis, Sepanyol, Mexico, Jepun, Brazil, Indonesia, dan Singapura cenderung untuk mengiktiraf peranan kuasa ini.


Toleransi Kuasa (Power Tolerance)

  • Golongan ini lebih bersedia untuk mempersoalkan keputusan atau mandat daripada seseorang di peringkat lebih tinggi atau mungkin juga enggan menerimanya. 
  • Sanggup mentaati pemimpin apabila dilihat seseorang pemimpin sebagai benar atau ketaatan tersebut dapat memberikan kelebihan buat diri mereka sendiri tetapi bukan kerana hak tidak ketara pemimpin untuk mengeluarkan perintah. 
¤ Hofstede mendapati penduduk di Amerika Syarikat, Israel, Austria, Denmark, Ireland, Norway, Jerman, dan New Zealand cenderung untuk bersikap toleransi terhadap kuasa.

0 comments:

Post a Comment